FORMAT Windows 7




Kali ini saya ingin mengajar anda semua mcm mn nak memformat komputer atau laptop anda dengan meggunakan sistem operasi (OS) Windows 7. Untuk pengetahuan anda, memformat komputer dgn menggunakan Win7 ni sangat2lah mudah berbanding kalau anda format menggunakan WinXP. Dua tiga kali anda latih format menggunakan win7 anda dah boleh ingat langkah-langkahnya. Berbeza dgn WinXP, anda mungkin memerlukan latihan yg cukup utk mengingati langkah-langkah utk memformat.

Okey saya xnak membebel banyak2 so, jom kita mulakan tutorial ini sekarang.

Cara-caranya adalah:

1.     On-kan komputer dan masukkan CD atau DVD Windows 7 anda.
 
Klik disini untuk maklumat lanjut bagaimana ingin menetapkan boot sequence anda.

2.   “Press any key to boot from CD or DVD…”, tekan mana-mana kekunci pada keyboard  anda.

Kemudian tunggu sehingga skrin-skrin lain habis dipaparkan.

   
3.  Apabila muncul tetingkap “Install Windows”, tukarkan “Time and currency format” kepada English (Malaysia) ataupun Malay (Malaysia) seperti gambar dibawah ini.

4.    Klik “Install now” untuk langkah seterusnya.

5. Pilih edisi Windows 7 yang bersesuaian untuk komputer anda. Pastikan anda mempunyai ruangan Hard Disk dan RAM yang mencukupi.  Kemudian tekan ‘Next’.

   
6. Tandakan pada kotak “I accept the license terms” dan tekan ‘Next’.
  
7.   Tekan pada pilihan “Custom (advanced)”.

8. Disini anda boleh membahagikan size Hard Disk anda kepada beberapa bahagian (partition). Pilih partition anda dan tekan ‘Next’.
Klik disini untuk maklumat lanjut bagaimana cara-cara membuat partition.

9. Windows akan memulakan penyalinan fail dan memulakan pemasangan, tunggu sehingga proses ini selesai, dan komputer akan restart dengan sendirinya.

10. Komputer anda akan direstart untuk beberapa kali semasa pemasangan ini. Jangan tekan apa-apa jika anda terlihat paparan “Press any key to boot from CD or DVD…” biarkan sahaja dan tunggu sehingga semua proses pemasangan selesai.

11.  Tetingkap “Set Up Windows” keluar. Windows memerlukan anda mencipta akaun. Ia akan digunakan bagi tujuan keselamatan dan juga untuk kegunaan dalam rangkaian.

12. Taipkan kata laluan bagi komputer serta klu bagi kata laluan tersebut, (biarkan ruangan itu kosong jika tidak mahu password untuk komputer anda) dan tekan ‘Next’.
 

13. Seterusnya masukkan nombor produk yang telah disediakan bersama CD Windows 7 anda.


14.Untuk memudahkan anda mengemas kini Windows, klik Use recommended settings. Kemas kini sistem operasian adalah satu keperluan, langkah keselamatan dan juga pencegahan dan pembaikian keralatan pada program. Kegagalan anda untuk mengemas kini Windows secara berjadual memungkinkan komputer anda terdedah kepada ancaman2 dari rangkaian atau luar. Misalnya eksploitasi kelemahan sekuriti.

15. Pada bahagian “Time zone”, pilih “(UTC +08:00) Kuala Lumpur, Singapore” dan tekan ‘Next’.

16. Sekiranya anda disambungkan kepada Internet, skrin berikut akan keluar. Tekan pada mana-mana pilihan anda.

17. Kini, Windows 7 anda sudah dipasang dan siap sedia digunakan!


0 comments: